Matlamat Program Pengurusan Logistik Bersepadu / Diploma in Integrated Logistics Management (DLM) (MQA/FA 0224)
Program Pengurusan Logistik Bersepadu / Diploma in Integrated Logistics Management (DLM) adalah untuk melahirkan Eksekutif Pengurusan Logistik atau Usahawan dalam bidang logistik yang berpengetahuan & berkemahiran dalam aktiviti pengurusan logistik. Mempraktikkan etika yang baik & berintegriti di persekitaran tempat kerja. Berkomunikasi secara efektif dan menunjukkan kepimpinan yang kreatif dan berinovasi di dalam organisasi. Berkemampuan dan menunjukkan kemahiran keusahawanan dan mampu mengenalpasti keperluan dan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya yang cemerlang. Tempoh Pengajian selama 2 Tahun (6 semester).
Objektif Pendidikan Program Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
Program ini akan melahirkan graduan yang berkebolehan:
- PEO1 Menggunakan pengetahuan logistik dan cekap secara teknikal selaras dengan keperluan industri. (PLO 1, 2 & 3)
- PEO2 Mempamerkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan yang baik serta kualiti kepimpinan yang baik dengan etika dan profesionalisme. (PLO 4, 5, 8 & 11)
- PEO3 Mengaplikasikan kemahiran numerasi dan teknologi digital dalam menyelesaikan isu pengurusan logistik. (PLO 6 & 7)
- PEO4 Menunjukkan kualiti keusahawanan dan mengiktiraf keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk kemajuan kerjaya yang berjaya. (PLO 9 & 10)
Hasil Pembelajaran Program
- Pada akhir program, graduan seharusnya dapat:
- PLO1 Menggunakan pengetahuan pengurusan logistik, peraturan dan operasi dalam menghadapi cabaran perniagaan global. (Pengetahuan dan Kefahaman)
- PLO2 Menganalisis isu dan penyelesaian dalam industri logistik dengan menggunakan pendekatan yang sesuai dan relevan. (Kognitif)
- PLO3 Memaparkan kemahiran teknikal logistik dalam menghadapi cabaran baharu dalam pengurusan logistik. (Praktikal)
- PLO4 Menunjukkan kemahiran interpersonal yang baik dalam persekitaran kerja organisasi. (Komunikasi)
- PLO5 Berkomunikasi dan berinteraksi secara berkesan dengan pelbagai kumpulan dan individu di semua peringkat pengurusan dalam bidang logistik. (Interpersonal)
- PLO6 Mempraktikkan kemahiran digital untuk menyokong aktiviti logistik dan melibatkan pembangunan diri dalam sektor logistik. (Digital)
- PLO7 Menyelesaikan masalah logistik dengan menggunakan kemahiran berangka melalui pendekatan analisis. (Berangka)
- PLO8 Menunjukkan kualiti kepimpinan yang berkesan dengan beberapa tahap tanggungjawab dan autonomi ke arah mencapai matlamat logistik. (Kepimpinan, Autonomi & Tanggungjawab)
- PLO9 Mengaplikasi kemahiran dan prinsip pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya dalam bidang logistik. (Kemahiran peribadi)
- PLO10 Membangunkan kemahiran keusahawanan untuk pembangunan kerjaya dalam bidang logistik. (Keusahawanan)
- PLO11 Menunjukkan nilai etika dan profesionalisme serta akauntabiliti dalam sektor logistik. (Etika dan Profesionalisme)
Prospek Kerjaya
Selain daripada melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi pendidikan kerajaan atau swasta sama ada dalam negara atau luar negara, para pelajar juga boleh terus bekerja dalam bidang Logistik yang menawarkan prospek kerjaya yang luas antaranya seperti pengangkutan, pergudangan, pengurusan inventori material handling, production, packaging dan sebagainya. Antara jawatan yang boleh di sandang dalam bidang logistik selepas tamat pengajian adalah seperti berikut:
1- Logistics Coordinator
2- Supply Chain Coordinator
3- Logistics Executive
4- Transport Executive
5- Transport Planner
6- Warehouse Executive
7- Distribution Officer
8- Routing/Scheduling Officer
9- Distribution Services Executive
10- Traffic Operator
11- Port Management Officer
Sebagai tambahan, mulai 7 Februari 2020, Program Diploma in Integrated Logistics Management (DLM) ini juga telah mendapat pengiktirafan sebagai Corporate Member daripada The Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT) Malaysia. Dengan pengiktirafan sebagai Corporate Member ini, KPMBP diiktiraf sebagai pemain industri dan pemegang kepentingan industri. The Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA)
Kolej Profesional MARA Bandar Penawar
Jalan Ungku Abdul Aziz
81930, Bandar Penawar
Kota Tinggi
Johor Darul Takzim
Telefon: 07-884 2222