Welcome to KPM
WEB INI MASIH DALAM PROSES!
Arrow
Arrow
Slider
PENGENALAN

Kolej Profesional MARA Bandar Penawar (KPMBP) , Kota Tinggi, Johor Darul Takzim bernaung di bawah Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA ditubuhkan pada 17 Mac 2008. Lokasi KPM Bandar Penawar ialah di Lot 8277 Mukim Tanjung Surat, Bandar Penawar, Kota Tinggi, berhampiran dengan Pusat Percutian Desaru. Pembinaan kolej di atas sebidang tanah seluas 25 ekar ini bermula pada Mei 2003 dan telah berjaya disiapkan pada awal 2008.

KPMBP menawarkan dua program diploma iaitu Diploma In Accounting (DIA) dan Diploma in Integrated Logistics Management (DLM). Program DLM hanya ditawarkan di KPM ini manakala program DIA ditawarkan juga di kampus Indera Mahkota, Pahang,Ayer Molek Melaka dan Beranang, Selangor.Kemasukan pelajar sulung ialah pada ambilan Julai-Disember 2008 seramai 250 orang.

KPMBP mempunyai 2 buah Dewan Kuliah,sebuah Dewan Besar, 28 Bilik Kuliah, 5 Makmal Komputer dan sebuah bilik smart classroom. Kemudahan-kemudahan lain terdiri daripada Perpustakaan, Dewan Besar, Surau, Wisma Pelajar dan kafeteria dan koperasi.

Bagi kemudahan penginapan pelajar pula, 4 blok asrama telah disediakan iaitu 2 blok masing-masing dikhaskan untuk pelajar lelaki dan perempuan yang mempunyai jumlah kapasiti 768 pelajar. Terdapat juga gimnasium dan juga gelanggang-gelanggang sukan seperti tenis, bola jaring, sepak takraw dan sebuah padang bola sepak. Prasarana untuk kakitangan juga disediakan. Terdapat tiga unit rumah untuk Pengarah dan Timbalan pengarah. Manakala 50 unit pangsapuri disediakan untuk para pensyarah, 12 unit untuk kakitangan pentadbiran dan 4 unit rumah felo. Institusi kami beroperasi di alamat:

     Kolej Profesional MARA Bandar Penawar
     Jalan Ungku Abdul Aziz,
     81930,
     Bandar Penawar,
     Johor Darul Takzim.
     Laman Web Kolej:bpenawar.kpm.edu.my

VISI DAN MISI

Visi

"To be a leading and prominent entrepreneurial business college"


Misi

"To produce enterprising human capital in facing global challenges"


OBJEKTIF OPERASI

1-Memastikan pelajar-pelajar mendapat TPNG sekurangkurangnya 2.00 dalam setiap peperiksaan semester.

2-Memastikan sekurang-kurangnya 5% mendapat MOPA iaitu TPNG 3.75 ke atas dan 10% mendapat COPA iaitu PNG 3.50 ke atas.

3-Mendapat tempat (sekurang-kurangnya tempat ke -3) di dalam semua pertandingan Ko-Kurikulum. ...

4-100% pelajar lulus kursus persediaan.

5-Kehadiran ke kelas 100%.

6-Meminimumkan jumlah pelajar yang dikenakan tindakan disiplin.

7-Tidak kurang daripada 5% pelajar menceburi bidang keusahawanan selepas menamatkan pengajian di Kolej Profesional MARA Bandar Penawar.

8-Melibatkan diri dengan program kemasyarakatan di dalam dan luar Negara.

9-Sentiasa mengamalkan 5S iaitu Seiri-Sisih, Seiton-Susun,Seiso-Sapu, Seiketsu-Seragam, Shitsuke-Sentiasa Amal

10-Menguruskan peruntukan kewangan dengan berhemah,sistematik dan terkawal.

11-NILAI BERSAMA TAJRIC : T-Teamwork, A-Assertive, J-Jihad, R-Righteous, I-Innovative, C-Committed. FUNGSI: Membentuk "Pelajar Berbudaya Keusahawanan" melalui pembangunan budaya belajar bermindakan usahawan dalam menyelesaikan masalah secara inisiatif dan inovatif dan seterusnya keluar dari kampus untuk berjihad bagi melonjakkan ekonomi bumiputera.

PIAGAM PELANGGAN

  • Keputusan peperiksaan semester dikeluarkan kurang dari 2 minggu selepas mesyuarat senat.
  • Semua surat dijawab dalam tempoh 5 hari bekerja
  • Proses pendaftaran pelajar pada hari pertama kurang 10 minit untuk setiap Pelajar.
  • Menjawab telefon selewat-lewatnya pada deringan ke tiga.
  • Pelajar mendapat elaun kali pertama dalam tempoh tiga bulan.
  • Tetamu yang datang disapa dalam tempoh seminit.
  • E-mail dijawab dalam tempoh 2 hari bekerja.