LATAR BELAKANG
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) adalah salah satu jabatan penting di KPM Bandar Penawar. Ia khususnya ditubuhkan untuk memberi khidmat berkenaan kebajikan pelajar. Pelbagai pendekatan telah diambil dan beberapa perubahan juga telah dibuat dari segi pentadbiran dan pengurusan sistem bagi membolehkan perkhidmatan terbaik dan cekap diberikan kepada pelajar. HEP bersama-sama bertanggungjawab menghasilkan graduan bumiputera yang berilmu dan berkelakuan baik.

FUNGSI HEP

  • Menyediakan kemudahan penginapan asrama.
  • Mewujudkan tabung khas seperti Tabung Kebajikan Pelajar, Tabung Kecemasan Pelajar, dan Tabung Kurikulum Pelajar.
  • Membantu pelajar-pelajar KPM Bandar Penawar dari segi kebajikan, keselesaan dan keselamatan serta menyelaraskan urusan bantuan kewangan seperti elaun pelajar.
  • Menyelaraskan aktiviti dan pergerakan pelajar di sekitar kolej serta aktiviti bersama institusi-institusi pendidikan lain dan pertubuhan luar, bagi memastikan pelajar memenuhi keperluan kerohanian dan keperluan global. Ini juga dapat memberi pendedahan awal terhadap alam pekerjaan.


UNIT DI BAWAH BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
1- Unit Kaunseling dan Kerjaya
2- Unit Ko-kurikulum
3- Unit Asrama
4- Unit Felo

ASRAMA KEDIAMAN
1- Darul Arjuna (Blok siswa-A)
2- Darul Budiman (Blok siswa-B)
3- Darul Adni (Blok siswi-A)
4- Darul Bahirah (Blok siswi-B)

FELO ASRAMA
En. Adam-Muhammad Ihsan Bin Mohd Shani (Ketua Felo)
Ustaz Afif Bin Mamat@Yusof
En. Syed Mohd Fadly Shah Bin Syed Harudin
En. Mohamad Helmi bin Hamid
En. Muhammad Ibrahim bin Ag Damit
En. Muhammad Solahuddin bin Arshad
Cik.Nur Afifah binti Rosli (Pen. Ketua Felo)
Pn.Roslina binti Abdul Rahim
Cik.Siti Rabiahtul Adawiyah binti Sa'adom
Pn.Nurus Syifa binti Shahariman
Cik.Nur Firzanah binti Ajahar
Cik.Nur Nazhan binti Ahmad Kamil
Pn.Nur Farah Shahida binti Mohd Kamil

MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)
Kolej Profesional MARA Bandar Penawar
Jalan Ungku Abdul Aziz
81930, Bandar Penawar
Johor Darul Takzim
Telefon: 07-884 2222