Matlamat Program Diploma In Accounting (DIA) (MQA/FA00531)+ Data Analytics
Program Diploma In Accounting (DIA) adalah untuk melatih dan mengeluarkan tenaga kerja terlatih diperingkat separa profesional dalam industri kewangan di Malaysia dan luar negara. Memberi peluang saluran kedua kepada pelajar-pelajar bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah IPTA & IPTS di dalam dan luar negara. Melahirkan graduan berprestasi dan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi dalam bidang perakaunan.

Objektif program seperti berikut:

  • Melatih dan mengeluarkan tenaga kerja terlatih di dalam industri kewangan di Malaysia dan luar negara.
  • Mengisi pasaran kerja diperingkat separa profesional dalam industri kewangan di Malaysia dan luar negara.
  • Memberi peluang kepada pelajar-pelajar bumiputera yang berminat di dalam bidang perakaunan untuk belajar diperingkat diploma.
  • Memberi peluang saluran kedua kepada pelajar-pelajar bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di IPTA dan IPTS di dalam dan di luar negara.


Hasil pembelajaran program seperti berikut
  • Berkebolehan untuk memperolehi pengetahuan asas perakaunan dan pengetahuan lain yang berkaitan.
  • Berkebolehan menggunakan pengetahuan ICT.
  • Berkebolehan mengaplikasikan pengetahuan perakaunan sedia ada mengikut keperluan atau acuan badan ikhtisas.
  • Berkeupayaan untuk berkomunikasi dengan lebih yakin dan efektif dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Berkeupayaan untuk membuat keputusan secara kritis dengan menggunakan pengetahuan sedia ada.
  • Berkeupayaan bertindak balas mengikut keadaan dan kepentingan yang berubah-ubah
  • Berkebolehan bertindak dan bertanggungjawab secara beretika dan profesional.
  • Mempunyai kepekaan dan akauntabiliti dalam melaksanakan tanggunggjawab sosial.
  • Berkeupayaan untuk memperolehi pengetahuan yang tekini mengikut perspektif badan profesional.
  • Berdaya saing dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan.


PELUANG LANJUTAN PENGAJIAN IJAZAH/PROFESIONAL
Lulusan Diploma Perakaunan KPM Bandar Penawar berpeluang menyambung pengajian sama ada di Universiti Awam (UA) atau IPTS di dalam serta di luar negara. Tempoh Pengajian selama 2 Tahun (6 semester).

Prospek Kerjaya
Graduan Diploma Perakaunan boleh memohon jawatan seperti berikut:
1-Juruaudit
2-Akauntan Kos
3-Bendahari
4-Akauntan Cukai
5-Setiausaha Syarikat
6-Setiausaha Industri atau peribadi
7-Kerani Akaun
8-Penolong Akaun
9-Jururunding
10-Eksekutif di sektor awam, Badan-badan berkanun, Institusi Kewangan & Sektor Swasta

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA)
Kolej Profesional MARA Bandar Penawar
Jalan Ungku Abdul Aziz
81930, Bandar Penawar
Kota Tinggi
Johor Darul Takzim
Telefon: 07-884 2222