Arrow
Arrow

Matlamat Program Diploma In Accounting (DIA) (MQA/FA 0223)
Melahirkan graduan berprestasi dan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi dalam bidang perakaunan.

Objektif program seperti berikut:

  • Melatih dan mengeluarkan tenaga kerja terlatih di dalam industri kewangan di Malaysia dan luar negara.
  • Mengisi pasaran kerja diperingkat separa profesional dalam industri kewangan di Malaysia dan luar negara.
  • Memberi peluang kepada pelajar-pelajar bumiputera yang berminat di dalam bidang perakaunan untuk belajar diperingkat diploma.
  • Memberi peluang saluran kedua kepada pelajar-pelajar bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di IPTA dan IPTS di dalam dan di luar negara.


Hasil pembelajaran program seperti berikut
  • Berkebolehan untuk memperolehi pengetahuan asas perakaunan dan pengetahuan lain yang berkaitan.
  • Berkebolehan menggunakan pengetahuan ICT.
  • Berkebolehan mengaplikasikan pengetahuan perakaunan sedia ada mengikut keperluan atau acuan badan ikhtisas.
  • Berkeupayaan untuk berkomunikasi dengan lebih yakin dan efektif dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  • Berkeupayaan untuk membuat keputusan secara kritis dengan menggunakan pengetahuan sedia ada.
  • Berkeupayaan bertindak balas mengikut keadaan dan kepentingan yang berubah-ubah
  • Berkebolehan bertindak dan bertanggungjawab secara beretika dan profesional.
  • Mempunyai kepekaan dan akauntabiliti dalam melaksanakan tanggunggjawab sosial.
  • Berkeupayaan untuk memperolehi pengetahuan yang tekini mengikut perspektif badan profesional.
  • Berdaya saing dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan.


PELUANG LANJUTAN PENGAJIAN IJAZAH/PROFESIONAL
Lulusan Diploma Perakaunan KPM Bandar Penawar berpeluang menyambung pengajian sama ada di Universiti Awam (UA) atau IPTS di dalam serta di luar negara. Tempoh Pengajian selama 2 Tahun (6 semester).

Prospek Kerjaya
Graduan Diploma Perakaunan boleh memohon jawatan seperti berikut:
1-Juruaudit
2-Akauntan Kos
3-Bendahari
4-Akauntan Cukai
5-Setiausaha Syarikat
6-Setiausaha Industri atau peribadi
7-Kerani Akaun
8-Penolong Akaun
9-Jururunding
10-Eksekutif di sektor awam, Badan-badan berkanun, Institusi Kewangan & Sektor Swasta

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA)
Kolej Profesional MARA Bandar Penawar
Jalan Ungku Abdul Aziz
81930, Bandar Penawar
Kota Tinggi
Johor Darul Takzim
Telefon: 07-884 2222