Arrow
Arrow
ArrowArrow
Slider

LAWATAN AUDIT MQS
Sesi Lawatan Panel Audit Persijilan Mara Ecosystem Quality Standard (MQS) ke KPM Bandar Penawar, Johor selama dua (2) hari bermula 29 hingga 30 Oktober 2018. Perlaksanaan Pensijilan MARA ECOSYSTEM QUALITY STANDARD (MQS) adalah inisiatif untuk menggantikan Amalan 5S. Terdapat beberapa elemen yang ditekankan dalam audit MQS antaranya ialah:

PROSES 1-PENILAIAN KENDIRI
Semua Pusat Pentadbiran MARA dikehendaki melaksanakan Penilaian Kendiri berdasarkan Senarai Semak dalam Manual MQS.

PROSES 2–PERMOHONAN SIJIL
Pusat dikehendaki membuat permohonan kepada Urus Setia JK Induk MQS untuk mendapatkan Pensijilan MQS. Markah 85% layak untuk memohon.

PROSES 3-LAWATAN VERIFIKASI
Lawatan verifikasi oleh Pegawai MQS akan dilaksanakan mengikut jadual yang diselaraskan oleh Urus Setia JK Induk MQS.

PROSES 4-PENSIJILAN MQS
Laporan analisis yang lengkap dikemukakan untuk diperakukan oleh Urus Setia JK Induk MQS. Tempoh sah laku Pensijilan MQS selama dua (2) tahun.

Rujuk Sumber MQS MARA