PENARAFAN BINTANG IPMA @ STAR RATING IN MARA INSTITUTION (STRIM)
Penarafan Bintang IPMA @ Star Rating In MARA Institution (STRIM) ini merangkumi beberapa fasiliti seperti Eco Kampus, Asrama, Surau, Kafeteria, Dewan, Makmal Komputer dan Tandas. Penarafan Bintang ini dikawalselia dan dipantau oleh Bahagian Pemantauan & Inspektorat MARA (BPIN), melalui instrument pemantauan yang telah diberi kepada setiap pusat IPMA. Jika kriteria telah mencapai standard seperti yang telah ditetapkan, maka pusat IPMA tersebut layak dianugerahkan Sijil 5 Bintang. Justeru, pada tahun ini, KPM Bandar Penawar akan terus berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai status 5 Bintang, seterusnya menjadikan kolej ini sebuah Institusi Pendidikan yang lebih Selamat, Kondusif, Indah dan Permai.
© 2025 New Official Website - KPM Bandar Penawar
Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1280 x 1024. Hakcipta Terpelihara 2024 © Kolej Profesional MARA Bandar Penawar