TAHNIAH! kejayaan Projek Inovasi yang bertajuk ' Accounting Family Game (AFG)' merangkul Pingat Emas di dalam Pertandingan iCompex 2020 Peringkat Kebangsaan

25 August 2020 by Jurnal Kejayaan 110 Views
Rate this item
(0 votes)

Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan pelajar iaitu Muhd Ermin Syah, Nur Aiman, Muhammad Hanif, Ahmad Firdaus dan Muhammad Farhan di bawah bimbingan penyelaras Puan Siti Julia Abas atas kejayaan Projek Inovasi yang bertajuk'Accounting Family Game (AFG)' merangkul PINGAT EMAS di dalam Pertandingan iCompex 2020 Peringkat Kebangsaan.

Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Selain itu, projek inovasi pelajar di bawah bimbingan Encik Shaari Bin Mohd Zin iaitu 'Board of Inifinity' juga telah berjaya merangkul pingat Gangsa. KPMBP juga turut menghantar projek inovasi daripada gabungan pensyarah iaitu En. Shaari Bin Mohd Zin, Pn. Nur Raidah Binti Abdul Latiff dan Pn. Nur Aisya Binti Mohd Sabri melalui 'Microzy' telah berjaya merangkul Pingat Perak. Untuk makluman, pertandingan ini sepatutnya diadakan pada 24-26 March 2020 namun ditangguhkan pada tarikh yang lain dan konsep pertandingan juga terpaksa ditukarkan kepada pembentangan idea secara online kesan daripada wabak Covid19.Keputusan pertandingan serta Majlis Perasmian dan Penutupan telah diumumkan melalui 'FB Live' oleh pihak penganjur pada 21 Julai 2020. Semoga dengan kejayaan ini dapat memberikan inspirasi dan semangat kepada para pelajar dalam menghasilkan lebih banyak idea dan produk inovasi pada masa akan datang.