UNIT KAUNSELING

Unit Kaunseling dan Kerjaya(UKK) merupakan antara tunggak terpenting dalam pengurusan pelajar Kolej Profesional MARA Bandar Penawar (KPMBP). Ia menawarkan khidmat mesra dan profesional di dalam membantu para pelajar meningkatkan kecemerlangan diri,sahsiah dan kerjaya masa hadapan. Selain itu, ia juga berperanan membantu pelajar di dalam pelbagai aspek merangkumi penyesuaian diri di kampus, pengurusan akademik dan pembelajaran hinggalah kepada pemasalahan psikologi yang lebih kompleks.

KAUNSELOR
EN. RUMAHAZAN BIN MAT JUSOH
PN. NOR SHADIRA BINTI JAMALUDIN

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN ADALAH

  • Kaunseling Kelompok
  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling Kerjaya
  • Bimbingan Akademik Dan Kerjaya
  • Motivasi
  • Kaunseling Keluarga
  • Keibubapaan
  • Ujian Psikometrik
  • Pencegahan Dan Rawatan Krisis
  • Psiko. Sosial & Kesejahteraan Mental
  • Pembangunan Diri Pelajar
  • Kepimpinan
  • Keremajaan


PROGRAM YANG DILAKSANAKAN OLEH UNIT KAUNSELING
  • Perkhemahan PRS KPM/KM
  • Program Remaja Hebat Gaya Hidup Sihat KPM/KM
  • Program Intervesi Diploma Dan Pip
  • Program Minggu Haluan Siswa
  • Program Kesihatan
  • Kursus Pemantapan Fasilitator
  • Kemahiran Insaniah
  • Program Kerjaya dan lain-lain.