PENGENALAN
Unit Peperiksaan Dan Persijilan (UPPK) berperanan menyelaras, menyelia, memantau, membantu dan memudahkan pengurusan berkaitan penilaian dan peperiksaan di jabatan-jabatan. Unit ini juga bertanggungjawab terhadap penyelarasan hal-hal berkaitan peperiksaan akhir semester, keputusan peperiksaan dan persijilan. Unit Peperiksaan Dan Persijilan KPM Bnadar Penawar diketuai oleh Ketua Unit Peperiksaan, dibantu seorang Pegawai Peperiksaan dan disokong oleh Penyelaras Peperiksaan Jabatan (PPJ) yang telah dilantik di setiap jabatan. Setiap jabatan mempunyai ahli jawatankuasa dalam menjayakan dan menguruskan kerja-kerja seperti urusan bank soalan, kemaskini data-data pelajar dan urusan berkaitan sebelum dan selepas peperiksaan dijalankan. Pegawai Peperiksaan bertanggungjawab mengawasi secara keseluruhan perjalanan peperiksaan di kolej sementara Penyelaras Peperiksaan adalah bertanggungjawab menguruskan hal-hal peperiksaan untuk jabatan masing-masing.

FUNGSI UPPK

  • Memilih dan menyediakan soalan peperiksaan akhir semester.
  • Memantau perjalanan peperiksaan akhir semester.
  • Menyediakan Jadual Peperiksaan Akhir Semester dan Jadual Pengawasan Peperiksaan Akhir Semester.
  • Memproses dan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan keputusan peperiksaan akhir.
  • Menyediakan sijil / diploma para graduan dan urusan berkaitan persijilan.
  • Menyediakan transkrip keputusan peperiksaan.
  • Menyedia, mendokumen dan menyerahkan senarai nama pelajar yang tamat pengajian untuk diperakukan oleh Lembaga Peperiksaan, Penilaian dan Persijilan.
  • Menyediakan statistik peperiksaan akhir semester.
  • Menyediakan arkib bagi data graduan kolej.
  • Mengurus, mendokumen dan merekodkan perkara yang berkaitan peperiksaan.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Peperiksaan Dan Persijilan (UPP)
Kolej Profesional MARA Bandar Penawar
Jalan Ungku Abdul Aziz
81930, Bandar Penawar
Kota Tinggi
Johor Darul Takzim
Telefon: 07-884 2222