KOLEKSI PROGRAM 2017

 

1.Kejohanan Kahuna Ultimate Open 2017

Kejohanan Kahuna Ultimate Open 2017 pada25-26 Feb 2017 bertempat di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail. Pasukan KPMBP berjaya meraih kemenangan dalam kategori berikut:

Kpmbp Kahuna Champion Women Category (Women IPT)
Kpmbp Kahuna 2nd Runners up mix category (open)
Kpmbp kahuna 4th place men category (IPT). Tahniah diucapkan kepada semua Team Kahuna KPMBP.

 

2. Bengkel Pemantapan Bahan E-Learning

Bengkel Pemantapan Bahan telah diadakan pada 5 Januari 2017 bertempat di bilik seminar perpustakan KPM Bandar Penawar. Pengarah, Dr. Rosnah binti Md Saad selaku penceramah dan bengkel tersebut dihadiri oleh semua pensyarah KPM Bandar Penawar.

 

3. Majlis Penutup Program Orientasi Pelajar DLM Semester 1 telah diadakan pada 23 Januari 2017

 

4. Solat Hajat & Bacaan Yasin Sempena Hari MARA yang ke-51

 

5.  Bengkel Basic Photoshop CS5 telah diadakan pada 1 Mac 2017 anjuran Jabatan Sains Kuantitatif bertempat di Makmal Komputer A

Bengkel Basic Photoshop CS5 telah mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan pelajar-pelajar. Bengkel ini telah berlangsung dengan jayanya

 

6. Orman Archers KPMBP Pertandingan Memanah Warisan Terbuka Melaka Sempena Aymo Fest 2017, di KPM Ayer Molek

Orman Archers KPMBP Sarah Soong binti Harun mendapat tempat ke-8 kategori wanita di Pertandingan Memanah Warisan Terbuka Sempena Aymo Fest 2017 di KPM Ayer Molek.

 

7. Program Integriti Colour Run

Program Integriti Color Run anjuran Kelab Helping Hand dan Unit Kaunseling KPM Bandar Penawar telah diadakan pada 2 Mac 2017 bertempat di KPM Bandar Penawar.

 

8. Accounting Week 2017

Pada 27-28 Febuari 2017 telah berlangsungnya "Accounting Week 2017". Pelbagai acara dan program yang menarik telah diadakan.

  

9. Program "CINTA PADA YANG SATU : KUNJUNGAN MUHIBBAH" Anjuran Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am

Pada 15 Mac 2017 Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am telah mengadakan lawatan ke Kuil, Gudwara Sahib, Gereja dan Tokong di sekitar Johor Bahru. Pelajar DIA dan DLM semester 5 bersama pensyarah pengiring iaitu Ustaz Afif bin Mamat@ Yusof, Pn Nabilah binti Abdul Ghani dan Pn. Akmal binti Ariff@ Fauzi. Objektif lawatan ini ialah 1- Persediaan kepada pelajar Islam dalam melaksanakan aktiviti atau program dakwah selepas tamat pengajian, 2- Melahirkan pelajar yang holistik dan memupuk kecerdasan emosi (EQ) menerusi lawatan dan pembelajaran yang dilakukan dan 3-Mendedahkan pelajar kepada realiti sebenar dalam penyebaran dakwah di sekitar kawasan apabila pelajar telah tamat pengajian.

 

10. Program TAFAQQUH FID DIN diadakan pada 24 Febuari-1 Mac 2017 Anjuran Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am & Unit Kerohanian Kolej

Pada 24 Febuari hingga 1 Mac 2017 , telah berlangsungnya Program Tafaqquh Fid Din. Antara program yang diadakan ialah Kelas Tafaqquh Fid Din, Perkongsian Muallaf: Mengapa saya pilih Islam, Perkongsian dari MY CARE, Sembelihan Halal & Kempen Jauhi Zina. Objektif program tersebut ialah 1- Dapat mengisi minggu aktiviti pelajar dengan program yang berfaedah dan memberi manfaat kepada kehidupan sebagai pelajar, 2- Sebagai usaha bagi Unit Kerohanian kolej untuk membasmi zina dan kesan-kesannya di kalangan pelajar dan 3- Dapat melahirkan pelajar yang holistik dan memupuk kerohanian pelajar melalui penyampaian dalam bentuk intelektual yang diadakan sepanjang minggu aktiviti berlangsung.

 

11. Pertandingan National Innovation and Invention Competition through Exhibition (iCompEx17)

Kelab Inovasi KPMBP telah menghantar 2 penyertaan ke Pertandingan National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx 17) yang berlangsung pada 21 hingga 23 March 2017 di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra kedah. Projek yang dihantar bagi pertandingan tersebut adalah Eco Paper dan iShip. Kedua - dua perojek tersebut telah memenangi pingat perak. 

 

12. Kem Kepimpinan di Teluk Gorek Chalet & Campsite

Bermula 6 sehingga 8 April 2016, bertempat di Teluk Gorek Chalet & Campsite, Mersing ILMA telah menghantar 16 orang #skuadILMA untuk mengikuti Kem Kepimpinan bersama Ahli jawatankuasa Tertinggi JUSWAR dan juga pelajar semester 1 anjuran Unit Kerohanian KPM Bandar Penawar.

 

13. Pertandingan Nasyid & Marhaban sempena Karnival Putra Mart Road Tour bertempat di KIP Mart, Kota Tinggi

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Soul of Munsyeed KPM Bandar Penawar kerana telah merangkul Naib Johan dalam Pertandingan Nasyid & Marhaban sempena Karnival Putra Mart Road Tour bertempat di KIP Mart, Kota Tinggi. Lagu yang dipertandingkan ialah "Ulul Albab Penjana Masyarakat Madani", Pencipta dan Penulis Lirik En. Azalan Bayu bin Zakaria

 

14. Program Pekan Persona Cendekia 2017 telah diadakan pada 1-5 April 2017

"Pekan Pesona Cendekia 2017" telah diadakan pada 1-5 April 2017, Anjuran Jabatan Pengajian Am KPM Bandar Penawar, Pelbagai aktiviti dan program yang menarik telah dijalankan.

 

15. Sambutan Hari Inovasi 2016 telah diadakan pada 25 Mei 2017

 

16. Ceramah & Iftar Jama'ie bersama Syamsul Debat telah diadakan pada 3 Jun 2017

 

17. Festival Nasyid Peringkat Negeri Johor 22-23 Julai 2017, bertempat di Pusat Islam Negeri Johor


Tahniah kepada Kumpulan Soutul Munsyeedeen kerana telah memenangi tempat ketiga (Nasyid Tradisi) Festival Nasyid Peringkat Negeri Johor 2017 yang diadakan pada 22-23 Julai 2017 bertempat di Pusat Islam Negeri Johor. Kumpulan Soutul Munsyeedeen mempertaruhkan Lagu Pejuang Agama, Lagu & Lirik Ciptaan En. Azalan Bayu bin Zakaria.

 

18. Chillog 2017 (2-4 Ogos 2017)

 

19. Konvensyen Keusahawanan Siswa 2017 (17-19 Ogos 2017)

Pada 17-19 Ogos 2017, telah berlangsungnya Konvensyen Keusahawanan Siswa 2017, yang diadakan di KPM Bandar Penawar. Pihak KPM Bandar Penawar telah menerima penyertaan dari KM Kulim, KM Seremban, KM Kuala Nerang, KM Banting, KPM Beranang, KPM Indera Mahkota, KPM Seri Iskandar, KPM Bandar Melaka & KPM Ayer Molek. Pelbagai pertandingan telah diadakan iaitu Cabaran Amal Keusahawanan, Desaru Innovation ChallengeRocket Pitch, Motivasi Keusahawanan, Poster Pemasaran & Jelajah Usahawan.

 

20. Program Khidmat Masyarakat (MPU 2442) 7-9 September 2017 bertempat di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur & Rumah Seri Kenangan Cheras

 

21. Kejohanan Frisbee Open UNIKL JB. Pasukan Kahuna Frisbee KPMBP telah berjaya memenangi JOHAN Kategori PLATE