POLISI PINJAMAN

§        Kad pelajar atau kad pekerja perlu dikemukakan semasa proses pinjaman.

§  Sebarang buku atau bahan perpustakaan tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan sehingga ia telah direkodkan oleh kakitangan perpustakaan. Membawa keluar bahan-bahan perpustakaan tanpa kebenaran adalah dianggap satu kesalahan.

§   Tidak dibenarkan meminjam buku dengan menggunakan nombor ID pelajar lain atau nombor pekerja lain. Denda dikenakan terhadap setiap buku yang lewat dipulangkan.

§    Pelajar tidak dibenarkan untuk meminjam bahan yang bertanda merah & hijau. Namun begitu, bahan-bahan seperti keratan akhbar dan buku laporan latihan industri boleh dipinjam untuk tujuan fotostat di luar (perlu mengisi borang/meninggalkan kad ID).