PERATURAN AM

 

Pengguna perpustakaan DILARANG:

  1. Membawa beg atau barangan peribadi KECUALI komputer riba, alat tulis, buku & fail ke dalam perpustakaan. Beg perlu ditinggalkan di tempat khas yang disediakan di luar pintu masuk perpustakaan.

  2. Bercakap dengan kuat atau berbuat bising dengan melampau sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati kepada pengguna lain.

  3.    Makan, minum, merokok dan tidur di dalam perpustakaan.

  4.  Membuang sampah merata-rata tempat di dalam perpustakaan.

  5. Meletakkan atau menyepahkan buku-buku yang telah dibaca di atas meja atau mana-mana bahagian di dalam perpustakaan. Sila letakkan buku di troli yang disediakan.

  6. Mengambil gambar di dalam perpustakaan tanpa kebenaran pegawai yang bertugas.

  7. Mengalihkan kedudukan perabot, peralatan dan koleksi perpustakaan tanpa kebenaran serta menyalahgunakannya.

  8.  Membawa keluar bahan rujukan (bertanda merah & hijau) tanpa kebenaran pegawai yang bertugas.

  9. Mengoyak, mengotorkan, merosakkan, menggores atau menconteng bahan bacaan serta alatan perpustakaan.

  10. Berada di dalam perpustakaan semasa bukan waktu perkhidmatan.

  11.   Berurusan di kaunter perpustakaan selepas tamat waktu perkhidmatan.

  12. Berkelakuan tidak senonoh dan tidak sopan di dalam mana-mana bilik atau bahagian di dalam perpustakaan.

  13. Memakai pakaian yang tidak sesuai, tidak kemas, tidak sopan serta berselipar ketika berada di dalam perpustakaan.

 

SILA PASTIKAN ANDA MEMATUHI SEMUA PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN. PIHAK KAMI

BERHAK MENGARAHKAN ANDA MENINGGALKAN PERPUSTAKAAN JIKA ANDA DIDAPATI

MELANGGAR PERATURAN DI ATAS. TERIMA KASIH.