ASRAMA

KPM Bandar Penawar menyediakan kemudahan penginapan kepada pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Dengan adanya empat (4) blok utama asrama berkenaan boleh menampung sehingga 768 orang pelajar pada satu-satu masa dengan pecahan 368 pelajar lelaki, 400 pula pelajar perempuan

Selain kelengkapan bilik tidur yang selesa dan dilengkapi dengan perabot, asrama juga menyediakan lain-lain kemudahan untuk pelajar sesuai dengan keperluan semasa antaranya:-

* Kemudahan WIFI * Kemudahan ASTRO setiap blok*Kemudahan Mesin Basuh Layan Diri *Surau * Bilik Menggosok * Ruang Belajar/Istirehat

Selain kemudahan asrama yang serba lengkap dan selesa, KPM juga menyediakan prasarana dan kemudahan riadah untuk pelajar seperti gelanggang tenis, futsal, padang bola, sepaktakraw, bola jaring serta gimnasium.