DIPLOMA IN ACCOUNTANCY

 

Matlamat Program

Melahirkan graduan berprestasi dan nilai kebolehpasaran yang tinggi.

 

Objektif program seperti berikut:

 (a) Melatih dan mengeluarkan tenaga kerja terlatih diperingkat separa profesional dalam bidang perakaunan.

 (b) Mengisi pasaran kerja diperingkat separa profesional dalam industri kewangan di Malaysia dan luar negara.

 (c) Memberi peluang kepada pelajar-pelajar bumiputera yang berminat di dalam bidang perakaunan untuk belajar diperingkat diploma.

 (d) Memberi peluang saluran kedua kepada pelajar-pelajar bumiputera untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di IPTA dan IPTS di dalam dan di luar negara.

 

Hasil pembelajaran program seperti berikut:

(a) Berkebolehan untuk memperolehi pengetahuan asas perakaunan dan pengetahuan lain yang berkaitan.

(b) Berkebolehan menggunakan pengetahuan ICT.

(C) Berkebolehan mengaplikasikan pengetahuan perakaunan sedia ada mengikut keperluan atau acuan badan ikhtisas.

(d) Berkeupayaan untuk berkomunikasi dengan lebih yakin dan efektif dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

(e) Berkeupayaan untuk membuat keputusan secara kritis dengan menggunakan pengetahuan sedia ada.

(f) Berkeupayaan bertindak balas mengikut keadaan dan kepentingan yang berubah-ubah.

(g) Berkebolehan bertindak dan bertanggungjawab secara beretika dan profesional.

(h) Mempunyai kepekaan dan akauntabiliti dalam melaksanakan tanggunggjawab sosial.

(i) Berkeupayaan untuk memperolehi pengetahuan yang tekini mengikut perspektif badan profesional.

(j) Berdaya saing dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan.